Kamis, 04 Juni 2015

Ibnu Abi Ushaybi’ah

   bnu Abi Ushaybi’ah adalah seorang ahli kedoktoran / perubatan Muslim Arab dan merupakan orang yang pertama menulis mengenai sejarah kedoktoran / perubatan Arab.
   Nama lengkapnya Muwaffakuddin Abu al-Abbas Ahmad bin al-Kassim bin Khalifah bin Yunus al-Khazraj. Beliau berasal daripada sebuah keluarga doktor. Ayahnya sendiri adalah doktor mata dan lahir di Damsyik pada tahun 590H.
   Pada mulanya beliau belajar di bawah bimbingan beberapa orang guru pada waktu itu, terutama Ibnu al-Baythar, yang mengajarnya mengenai ilmu botani. Manakala bidang kedoktoran / perubatan dipelajarinya daripada ayahnya (meninggal pada 649H/1251m) dan ar-Rahbi (meninggal 631H/1233M). Ilmu yang diperolehnya itu kemudian dipraktikkan di Hospital Nuri Damsyiks dan Hospital Nasiri di Mesir.
   Kemudian pada 634H/1236M, beliau bekerja di bawah pemerintahan Izzuddin Ayhak al-Mu’azzami di Sarkhad. Versi lain menyebutkan bahawa pada tahun 1236M, beliau diutus oleh doktor Saladin ke Mesir dan dilantik mengetuai sebuah hospital di Nasiri. Setahun kemudian beliau menarik diri daripada jawatan tersebut dan memenuhi panggilan untuk bertugas di bawah pemerintahan Kesultanan Damsyik di Salkhad. Di sanalah beliau meninggal dunia pada 668H/1270M.
   Karangan-karangan beliau di dalam bidang kedoktoran banyak ditulis dan kini sebahagian besar telah dinyatakan hilang. Namun, secara sepintas disebutkan dalam bukunya, Uyun al-Anba’ fi Tabakat al-Atibba dan dalam tulisan beberapa buku geografi.
Antara lain yang dapat disebutkan adalah:
1. Isal -at al-Munajjimin
2. At-Tajaril-wa al-Fawil’id
3. Hikayat al-Atibua’ Fi ilajat al-Adwa
4. Ma’alim al-Umam
   Selain karya-karya tersebut di atas, beliau juga banyak menulis syair. Bagaimanapun, karyanya yang paling masyhur ialah Uyun al-Anba’ fi Tabakat al-Atibba (Lives of the Phycians). Karya ini menghimpunkan tulisannya yang berjumlah lebih kurang 380 biografi ahli ilmu kedoktoran yang tidak terkira nilainya kepada sejarah sains Arab.
   Karangannya ini sekali gus menunjukkan betapa Ibnu Ahli Ushaybi’ah rajin menyalin secara harfiah dan meringkaskannya. Kemudian diperjelaskan dan diperkuat dengan bahan-bahan tambahan yang ada.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar